| Universiti Putra Malaysia

FPP UPM - 100 Universiti terbaik dunia dalam bidang pendidikan

Oleh Ismi Arif Ismail


Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia


SERDANG -  Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) berada pada kedudukan 100 terbaik dunia dalam bidang pendidikan dengan mengatasi lebih daripada 2,000 buah universiti lain di seluruh dunia.

Menurut penarafan terbaru QS World University Rankings 2013/14, UPM  berkongsi kedudukan 51 ke 100 dengan tiga universiti Asia lain iaitu Universiti Malaya, Beijing Normal University, Peking University dan Seoul National University.

Empat universiti Asia lain yang berada pada kelompok 50 terbaik ialah University of Hong Kong; Nanyang Technological University, Singapura; Chinese University of Hong Kong; dan National Taiwan Normal University.

Dekan FPP, Profesor Dr. Ab Rahim Bakar berkata antara kriteria yang digunakan dalam penarafan itu termasuk pembinaan profil kukuh dalam kalangan ahli akademik dan pengiktirafan oleh majikan graduan Fakulti di serata dunia.


Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, Profesor Dr. Ab Rahim Bakar


“Penarafan itu menunjukkan FPP UPM berjaya membangunkan reputasi antarabangsa untuk standard akademik dan kualiti graduan yang dihasilkan.

“Peningkatan prestasi FPP UPM pada tahun ini mencerminkan peningkatan reputasi fakulti itu dalam  aspek pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan jaringan antarabangsa dan kebangsaan para pensyarah dan penyelidik dengan rakan sekerja mereka pada peringkat global,” katanya.

Selain itu Ab Rahim berkata dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, FPP telah melakukan beberapa penambahbaikan dalam aktiviti pengantarabangsaan yang meliputi mobiliti pensyarah dan pelajar, penyelidikan dan penerbitan, penghargaan (citation) dalam jurnal berimpak tinggi dan penerbitan buku yang menembusi pasaran antarabangsa.


WYHRUAo~