Page 93 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 93

PKK    menyediakan     garis   panduan   umum     untuk   bertindak,   dan   ia   mewakili

                  sebarang   keadaan    luar   jangka.  Pasukan  krisis   di   IPT  mesti   menyesuaikan  pelan
                  tersebut   agar   padan   dengan   krisis   tertentu.   PKK   merupakan     satu   dokumen
                  hidup.   Perubahan      dalam    organisasi   dan    persekitaran    operasinya    akan

                  mengakibatkan      perubahan    pada   penilaian   risiko   dan   kerentanannya.        Maka,
                  pelan   itu   mesti   dikemas   kini   secara   berkala.   PKK   tidak   bernilai  jika   ia   tidak   diuji
                  dan   diamalkan   dalam  simulasi  atau  latihan.   Pengujian   PKK  akan  mendedahkan

                  kelemahan yang harus ditangani sebelum krisis sebenar berlaku.


                  Harus    diakui   bahawa      institusi   mesti   membuat    pelan    untuk   kesediaan
                  kecemasan     dan   kesinambungan    perniagaan    yang   dapat   dihubungkan   dengan
                  PKK.   PKK  dan  pelan  kesediaan   kecemasan     harus   saling  melengkapi  dan  tidak

                  bersaing   sama    sekali.   Lebih-lebih   lagi,   semua   pekerja   harus   mengetahui   dan
                  mengamalkan      pelan   kesediaan   kecemasan.     Salah   satu   matlamat   organisasi
                  semasa     krisis   adalah   untuk   memulakan    semula   perniagaan     seperti   biasa

                  dengan secepat mungkin.

                  Pelan   kesinambungan       perniagaan    merangkumi      usaha   untuk   mengekalkan

                  operasi. Ia menggariskan usaha yang akan diambil sama ada untuk memastikan
                  organisasi  itu   terus   beroperasi  semasa   krisis  itu   atau  kembali   beroperasi  seperti

                  biasa   dengan   secepat  mungkin   selepas   krisis   itu.  Sekali  lagi,  organisasi  tersebut
                  harus   menentukan     sama   ada   keahlian   atau   tuntutan   sumber   yang   bertindih
                  wujud   antara   pelan   kesinambungan     perniagaan    dan   PKK.   Pada   masa   yang
                  sama,     pasukan    kesinambungan       perniagaan     dan    pasukan     krisis   harus

                  menyelaraskan pesanan-pesanan dari semasa ke semasa.































                                                                                                                     77
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98