Page 90 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 90

Elemen Asas                           dalam Pelan

      Komunikasi Krisis




      Komponen-komponen       ini   tidak  semestinya  dilengkapi  dengan  arahan  langkah  demi  langkah

      untuk menangani krisis.


                         Tarikh Dokumen Diraptai dan Disemak Semula
             01
                         Senaraikan tarikh-tarikh raptai dan semakan semula dokumen pelan itu.


                         Pendahuluan

                         Pendahuluan    harus  ditulis  oleh   ketua  institusi   atau   seorang   pemimpin  yang
             02
                         diiktiraf   dalam   organisasi   itu.   Pesanan    pemimpin     memperkukuhkan
                         kepentingan     pengurusan      krisis,   nilai   PKK,   dan   betapa    seriusnya
                         keanggotaan pasukan krisis.



                        Pengakuan

                        Bahagian    ini   mengandungi    pengakuan     oleh   pekerja   untuk   menandakan
            03
                        bahawa     mereka   telah   membaca    pelan   tersebut   dan   memahami    peranan

                        mereka dalam pelan itu.


                        Struktur Pasukan Pengurusan Krisis

                        Bahagian    ini   mengandungi   maklumat    mengenai    struktur   pasukan   itu,   dan
             04
                        menyediakan      senarai   anggota   pasukan    krisis   dan   maklumat   hubungan
                        mereka.   Bahagian   ini  termasuk  maklumat  terperinci  mengenai   terma  rujukan
                        dan    tanggungjawab      PPK.   Pasukan     ini   bekerjasama   dengan    pasukan

                        komunikasi,    dan   harus   mengekalkan     saluran   komunikasi    yang   terbuka
                        sepanjang krisis tersebut.



                        Struktur Pasukan Komunikasi Krisis
                        Bahagian   ini  mengandungi   maklumat    mengenai   struktur  pasukan  komunikasi
            05
                        krisis,   dan   menyediakan   senarai   anggota   pasukan   komunikasi   krisis   yang
                        bertanggungjawab      menyebarkan      maklumat    kepada   pihak   berkepentingan
                        dalaman   dan   luaran  semasa   sesuatu  krisis,  termasuk  pihak   media.   Bahagian

                        ini   termasuk     maklumat      terperinci    mengenai      terma     rujukan    dan
                        tanggungjawab     pasukan    komunikasi   krisis.   Ia   juga   menggariskan   maklumat
                        mengenai dasar dan prosedur untuk jurucakap.


     74
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95