Page 91 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 91

Aliran dan Garis Masa Komunikasi Krisis
                      Bahagian    ini   termasuk   garis   panduan   mengenai   aliran   proses,   rantaian
          06
                      tindakan,    garis   tanggungjawab      dan    kuasa,   dan   garis   masa    yang

                      diharapkan    daripada   setiap   entiti   utama   di   dalam   pasukan   komunikasi
                      krisis dan PPK dari saat krisis berlaku.



                      Garis Panduan Mengenai Prosedur Operasi Utama
          07          Sebelum Krisis, Semasa Krisis, dan Selepas Krisis

                      Bahagian     ini   memberikan   garis   panduan    mengenai     prosedur    operasi
                      standad   untuk   penyediaan   komunikasi    sebelum   krisis,   semasa   krisis,   dan

                      selepas   krisis.   Ini  termasuk   maklumat   yang   perlu   dikumpulkan   sebelumnya,
                      hubungan    media,  maklumat,   dan  skrip  pengumuman    yang   perlu  disediakan,
                      saluran   komunikasi    yang   akan   digunakan,    peralatan   yang    diperlukan,
                      kewangan     yang   diperlukan,   siapa   yang   akan   bertanggungjawab     untuk

                      melaksanakan      tugas,   dan    analisis   bedah   siasat   untuk    memastikan
                      keberkesanan.


                      Templat dan Garis Besar Dokumen Pesanan

                      Bahagian      ini   mengandungi      pesanan-pesanan        utama     yang    harus
          08
                      disampaikan semasa krisis. Ia menyediakan templat tertentu untuk pelbagai

                      jenis  pengumuman.    Contoh-contoh    tersebut  adalah  pernyataan    yang  ditulis
                      sebelumnya     yang    hanya   memerlukan     beberapa    tempat    kosong    untuk
                      diisikan   sebelum   ia   disiarkan.   Terdapat   beberapa    siaran   berita   yang

                      berlainan.   Ia   juga   mengandungi   contoh-contoh   pesanan   utama,   termasuk
                      yang   berkaitan  dengan   pengukuhan,   pampasan,    tindakan   pembetulan,   dan
                      reputasi.


                      Pengurusan Komunikasi Luaran Berpusat

                      Bahagian    PKK   ini   menyenaraikan   semua   saluran   dan   platform   komunikasi
          09
                      luaran   utama   yang   sedang   digunakan   oleh   organisasi   tersebut,   termasuk
                      usaha     media     sosial,   dan   siapa    di   dalam     organisasi    itu   yang

                      bertanggungjawab       untuk   setiap   saluran   atau   platform.   Dalam   beberapa
                      krisis   utama,   organisasi-organisasi   mungkin   akan   menangguhkan      semua
                      pesanan    komunikasi    kepada    pihak   luar,   kecuali   yang   datang   daripada

                      pasukan    krisis.   Peringatan   terakhir   adalah   berkenaan   dengan   keperluan
                      untuk   memusatkan    komunikasi    luaran   semasa   sesuatu   krisis.   Bahagian   ini
                      adalah   penekanan     bahawa    pesanan    hubungan     awam,    pemasaran,    dan

                      pengiklanan harus konsisten dengan usaha krisis.


                                                                                                                    75
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96