Page 86 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 86

RINGKASAN UTAMA




               Latihan membantu anggota pasukan krisis berfikir dengan pantas dan memberi
               panduan untuk keputusan mereka semasa krisis. Latihan adalah sangat penting untuk

               membina kemampuan dalam pasukan krisis dari segi kemahiran dan pengetahuan.


               Latihan yang berkesan mesti termasuk pengetahuan dan kemahiran pada kedua-dua

               tahap individu dan kumpulan.


               Latihan krisis dijalankan untuk mensimulasikan sesuatu krisis untuk tujuan pendidikan.

               Simulasi membolehkan institusi menentukan seberapa baik ia boleh melaksanakan
               pelan komunikasi krisisnya dan bagaimana pelan itu dapat diperbaiki.



               Seorang jurucakap merupakan suara organisasi semasa krisis. Jurucakap yang kurang
               terlatih atau tidak mahir hanya akan memburukkan lagi krisis tersebut.



               Usaha pengurusan krisis yang berkesan bermula dengan pasukan pengurusan krisis
               yang cekap. Pengetahuan, kemahiran, dan sifat harus dipertimbangkan ketika
               mengenal pasti mereka yang kemungkinan besar dapat menyumbang secara positif

               kepada pasukan krisis. Perwakilan bidang fungsi yang khusus dalam organisasi harus
               juga dipertimbangkan dalam pemilihan pasukan.



































    70
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91