Page 82 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 82

Seorang jurucakap merupakan suara organisasi

            semasa krisis.
                                Oleh itu, jurucakap mempunyai fungsi yang sangat
                                penting dan khusus dalam pasukan pengurusan krisis.

                                Seorang jurucakap yang kurang terlatih atau tidak mahir
                                hanya akan memburukkan lagi krisis tersebut.



            Tanggungjawab utama            seorang jurucakap adalah untuk menguruskan

            ketepatan dan konsistensi pesanan yang datang dari organisasi. Pengurusan
            pesanan bukanlah tugas yang mudah dan biasanya melibatkan lebih daripada

            satu orang.





            KOMPETENSI YANG DIPERLUKAN UNTUK

            PEMILIHAN PASUKAN PENGURUSAN KRISIS






              Usaha pengurusan krisis yang berkesan bermula dengan pasukan
              pengurusan krisis yang kompeten. Para anggota pasukan mesti membawa

              pengetahuan dan kemahiran tertentu ke dalam pasukan krisis, yang akan

              memudahkan pelaksanaan pelan krisis.



              Oleh itu, pendekatan berfungsi harus digunakan untuk pemilihan anggota
              pasukan. Ahli pasukan krisis harus juga mempunyai satu set kemahiran

              pengurusan krisis umum. Kunci kepada pemilihan dan latihan adalah

              pengenalpastian ciri-ciri  (pengetahuan, kemahiran, dan sifat) yang diperlukan
              oleh anggota pasukan untuk melaksanakan tugas mereka.






















     66
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87