Page 85 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 85
BIDANG FUNGSIAN
Memilih pasukan pengurusan krisis (PPK) tidak semudah mencari orang
yang paling berkelayakan untuk bekerja dalam pasukan tersebut. Pemilihan
itu dirumitkan oleh keperluan untuk mempunyai bidang-bidang fungsian
yang khusus dalam organisasi yang diwakili dalam PPK. Sebuah organisasi
mungkin dapat memilih antara beberapa orang untuk mewakili satu bidang
fungsian.
Sebagai contoh, orang terbaik dari pejabat akademik akan diperlukan untuk
bekerja dalam pasukan krisis. Instrumen penilaian akan menandakan calon
berpotensi mana yang paling sesuai berdasarkan kriteria untuk menjadi
anggota pasukan krisis, terutamanya dari segi sifat, kerana seseorang
dapat belajar mengatasi batasan sifat mereka, tetapi mungkin tidak dapat
membangunkan sifat yang baru.
Pasukan krisis mesti dapat menggubal PKK. Atas sebab ini,
kumpulan-kumpulan melatih dengan mengkaji semula dan
mengamalkan PKK, supaya anggota pasukan akan memperolehi
pemahaman yang lebih luas mengenai pelan tersebut. Di sinilah
bidang fungsian organisasi setiap anggota pasukan menjadi
penting. Salah satu sebab untuk melantik seseorang sebagai ahli
pasukan ialah pengetahuannya mengenai bidang fungsian yang
penting semasa krisis (misalnya, undang-undang, kesihatan,
keselamatan, dan hubungan media). Pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang fungsian ini adalah penting untuk pelaksanaan pelan
krisis secara berkesan.
69