Page 81 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 81
Pilihan latihan untuk pengurusan krisis
Seminar Orientasi: Gambaran keseluruhan proses pengurusan krisis. Pasukan
krisis mengkaji semula peranan, prosedur, dasar, dan peralatan.
Latih Tubi: Latihan penyeliaan yang menguji fungsi pengurusan krisis, seperti
pemberitahuan pekerja atau pemindahan.
‘Tabletop ’: Analisis berpandu berkenaan dengan krisis. Seorang fasilitator
memimpin pasukan melalui perbincangan mengenai apa yang akan mereka
lakukan dalam krisis tertentu. Latihan ini tidak mempunyai tekanan masa seperti
dalam krisis sebenar.
Latihan fungsian: Latihan interaktif yang disimulasikan. Ini boleh dijalankan
dalam bilik mesyuarat yang besar. Ia menguji sistem pengurusan krisis yang
lengkap dan ia terungkap dalam masa sebenar untuk mewujudkan tekanan krisis.
Pasukan tersebut perlu berinteraksi dan berkoordinasi dengan kumpulan-
kumpulan yang ia akan menghadapi dalam krisis, seperti responder pertama.
Pasukan tersebut harus menjalankan satu latihan berfungsi dalam setahun.
Latihan Berskala Penuh: Simulasi krisis sebenar sedekat mungkin. Orang ramai
berada di lokasi dan di lapangan. Peralatan dan sumber manusia yang akan
digunakan dalam keadaan bersedia. Simulasi kecederaan juga akan terbabit.
Latihan berskala penuh memakan masa dan adalah mahal, jadi latihan tersebut
hanya boleh diadakan sekali dalam beberapa tahun.
Sumber: Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (APKP)
65