Page 57 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 57
CABARAN KOMUNIKASI RISIKO
DAN JURANG DI IPT
Institusi menghadapi
cabaran yang menyukarkan
penyampaian komunikasi
risiko yang berkesan .
Di IPT, kebanyakan komunikasi krisis berada di bawah portfolio pejabat
komunikasi dan hubungan korporat. Portfolio ini juga bertanggungjawab
untuk melindungi dan mempertahankan individu, syarikat, atau
organisasi yang sedang menghadapi cabaran awam terhadap
reputasinya. Sementara itu, komunikasi krisis bertujuan menjaga
keselamatan jenama atau pelabur semasa sesuatu krisis.
Komunikasi risiko telah diakui sebagai komponen yang tidak dapat
dipisahkan daripada pengurusan krisis akibat keadaan bencana
atau kecemasan. Dalam konteks risiko mengenai wabak penyakit
berjangkit, kegagalan untuk melaksanakan komunikasi yang
berkesan di IPT mungkin menyebabkan langkah-langkah kawalan
tertunda, peningkatan ancaman terhadap kehidupan,
ketidakpastian awam, rasa tidak selamat, kegelisahan,
kemarahan, dan mungkin juga mengganggu operasi dan
mengancam imej dan reputasi universiti tersebut.
41

