Page 62 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 62
RINGKASAN UTAMA
IPT mempunyai jurang komunikasi dan cabaran dalam menyampaikan
komunikasi risiko dan krisis yang berkesan , sehingga melemahkan
keupayaan mereka untuk mengurangkan risiko. Cabaran-cabaran ini harus
ditangani.
Pengurusan komunikasi semasa keadaan bencana dan krisis adalah rumit
dan mencabar disebabkan oleh perbezaan dalam persepsi risiko, keperluan
untuk mengekalkan tahap kepercayaan yang tinggi, peningkatan
ketidakpastian, peningkatan dalam keperluan komunikasi dari segi jumlah,
kepantasan, dan ketepatan, jurang pengetahuan yang luas, peningkatan
keperluan penyelarasan, dan peningkatan kemungkinan akan berlakunya
akibat yang tidak disengajakan.
Berdasarkan pengalaman IPT semasa pandemik COVID-19, kebimbangan
pihak berkepentingan melangkaui isu kesihatan dan keselamatan; berlainan
orang mempunyai kebimbangan yang berbeza, dan ini mencetuskan
perbezaan dalam persepsi risiko mereka; dan perbezaan dalam kebimbangan
mereka boleh mengundang akibat yang tidak disengajakan sekiranya tidak
ada komunikasi risiko yang berkesan.
IPT mempunyai pelbagai pihak berkepentingan yang tidak semua sama dari
segi hubungan mereka dengan universiti, tahap kewibawaan, peranan, gaya
komunikasi yang dituntut daripada universiti, dan keperluan komunikasi
mereka.
Keperluan IPT yang kian meningkat untuk komunikasi risiko dan krisis yang
berkesan adalah dalam lima komponen utama, iaitu, tadbir urus dan struktur;
platform komunikasi; kepakaran dan kemahiran; data dan dokumentasi; dan
penyelarasan dan kerjasama.
Cabaran komunikasi dalam keadaan krisis , seperti yang digariskan untuk
kebanyakan IPT, adalah memahami persepsi risiko dan menyediakan
keperluan komunikasi yang berkesan untuk pihak berkepentingan yang
berbeza; menangani ketidakpastian dan keperluan komunikasi; kekurangan
sistem maklumat, pangkalan data yang lemah, dan maklumat dan
infrastruktur untuk memberikan maklumat masa nyata dan tepat pada
masanya; kekurangan pengetahuan dalam menangani keadaan kecemasan
dan kekurangan pakar di IPT; dokumentasi dan struktur yang lemah yang
merumitkan penyelarasan; kekurangan penilaian dan pengurusan risiko yang
membawa kepada akibat yang tidak disengajakan.
46

