Page 52 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 52
ANALISIS KEBIMBANGAN PELBAGAI
PIHAK BERKEPENTINGAN:
Kebimbangan kakitangan IPT semasa
krisis COVID-19
Berdasarkan data yang dikumpulkan, Jadual 3 merupakan ringkasan kebimbangan
warga IPT semasa peringkat awal krisis COVID-19 telah disenaraikan di bawah.
Sebilangan kebimbangan ini muncul di awal krisis dan beberapa lagi di tengah-tengah
krisis.
Pihak pengurusan universiti bimbang tentang bagaimana indeks prestasi
utama universiti akan terjejas, apakah kos tambahan yang terpaksa
ditanggung, dan bagaimana mengekalkan kestabilan kewangan universiti.
Kakitangan pentadbiran dan barisan hadapan bimbang tentang
bagaimana mereka harus menjalankan pekerjaan mereka.
Pekerja barisan hadapan bimbang dengan perkara berkaitan dengan
PPE.
Kakitangan akademik bimbang tentang bagaimana pengajaran akan
dijalankan dan prosedur yang diamanatkan oleh universiti
Kakitangan akademik mengambil berat tentang prosedur untuk pelajar yang
akan memberi kesan kepada proses pengajaran dan penyelidikan.
Kakitangan akademik bimbang tentang akses terhad ke makmal atau
pejabat tertentu yang akan memberi kesan kepada proses penyelidikan
mereka.
Kecukupan sumber manusia.
Kebimbangan berkaitan bekalan yang mencukupi untuk pelitup muka, swab
alkohol, pembersih tangan dan semua PPE yang diperlukan semasa pandemik.
Kebimbangan mengenai siapa yang akan menguruskan talian panas,
terutamanya selepas waktu pejabat.
Menghadapi tuntutan pelajar untuk pulang ke rumah dan kembali ke
kampus, dan sebaliknya.
36

