Page 60 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 60
Keperluan untuk Peningkatan Penyelarasan
Keputusan mengenai apa yang harus disampaikan memerlukan penyelarasan dan
perkongsian maklumat dengan pelbagai entiti luar dan dalam institusi. Sebagai
contoh, walaupun SOP telah disediakan oleh MKN, mereka masih perlu ditafsirkan
dengan lebih lanjut agar sesuai dengan kerumitan, keunikan, dan konteks setiap IPT.
Bahkan sedikit perbezaan pun dalam SOP di antara negeri-negeri Semenanjung dan
negeri-negiri Sabah dan Sarawak telah merumitkan lagi komunikasi risiko. Keadaan
boleh berubah dalam masa beberapa minit sahaja, maklumat lengkap tidak
selalunya tersedia, dan pengesahan oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi selalu
diperlukan.
Pengumuman atau keputusan oleh IPT tidak boleh memintas dan bertentangan
dengan pihak berkuasa. IPT perlu berkomunikasi dengan KPT dan pejabat kesihatan
daerah. Hubungan kerja yang kuat perlu dijalinkan di antara pasukan-pasukan yang
berlainan di universiti, seperti unit keselamatan dan kesihatan pekerjaan, unit
komunikasi korporat, unit akademik, unit hal ehwal pelajar, pusat kesihatan, pejabat
pendaftar, dan unit keselamatan.
Akibat yang Tidak Disengajakan
Satu krisis boleh menimbulkan lebih banyak krisis untuk IPT dengan komunikasi yang
gagal. Berbagai akibat yang tidak disengajakan boleh timbul apabila berlaku
kegagalan komunikasi semasa krisis. Semasa tiga bulan pertama pandemik
COVID-19, pihak IPT mendakwa bahawa mereka telah mengalami ketidakpastian
dan tidak mempunyai maklumat yang mencukupi. Oleh itu, mereka tidak dapat
menyampaikan maklumat kepada pihak berkepentingan mereka tepat pada
masanya. Akibatnya, pihak berkepentingan mereka menjadi cemas dan panik. Ini
menimbulkan ketidakstabilan emosi, terutamanya di kalangan pelajar yang sedang
tinggal di kampus semasa tempoh ‘ lockdown ’. Sebilangan komunikasi telah disalah
tafsirkan.
Sebelum pandemik COVID-19 di Malaysia, terdapat kekurangan data/maklumat
mengenai virus COVID-19. Oleh itu, maklumat palsu dan maklumat berlebihan
berleluasa beberapa bulan selepas wabak tersebut.
44

