Page 58 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 58

Perbezaan dalam Persepsi Risiko






          Semasa krisis, pertanyaan yang diterima oleh IPT telah meningkat dengan ketara dari
          segi   bilangan  ,  kekerapan  ,   kepelbagaian  , dan   kerumitan  . Pertanyaan-pertanyaan ini,
          yang datang daripada pelbagai pihak berkepentingan, semuanya menuntut

          penjelasan cepat menerusi berbagai platform komunikasi. Pelbagai kumpulan sasaran
          dengan persepsi risiko dan kebimbangan yang berlainan mempunyai keperluan
          komunikasi yang berbeza.
                                                                          Membina Kepercayaan





          Pada permulaan wabak, masyarakat kampus merujuk kepada berbagai arahan yang
          diberikan oleh pihak berkuasa dan  juga entiti yang berlainan di kampus universiti.
          Maka, pada awalnya, terbukti bahawa            ramai tidak berapa percaya komunikasi

          risiko yang disediakan     , dan oleh itu, mereka tidak mengambil tindakan yang
          sewajarnya, seperti yang diperlukan. Untuk mencapai matlamat komunikasi risiko dan

          memberi kesan, adalah sangat penting untuk            merujuk individu tertentu kepada dan
          memberikan mereka sumber-sumber maklumat daripada pihak berkuasa                          yang
          boleh dipercayai.

          Peningkatan Ketidakpastian





          Semasa peringkat awal pandemik, terdapat banyak kekaburan berkaitan dengan
          aktiviti pengurusan, pengajaran, dan pembelajaran para pelajar, termasuk prosedur
          operasi standad berkenaan dengan pengurusan wabak. Ketidakpastian yang wujud

          kerana sifat dinamik krisis tersebut menjadikannya           sukar untuk menyampaikan
          maklumat masa sebenar.


          Ketidakpastian ini juga menyebabkan beberapa pekerja barisan hadapan di IPT dan
          pelajar yang tinggal di luar dan di dalam kampus menjadi cemas. Kebimbangan ini
          meningkatkan lagi tingkah laku mereka untuk mendapatkan maklumat. Para pelajar

          dan ibu bapa menuntut maklumat mengenai krisis dan mengenai beberapa keputusan
          berkenaan dengan tindakan mereka selanjutnya. Sistem maklumat yang kukuh dan

          infrastruktur yang kuat di IPT akan membantu menyampaikan komunikasi risiko yang
          berkesan.








    42
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63