Page 32 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 32

Risiko Kegagalan Komunikasi dan
                   05
                                Penyelarasan
                                Semasa krisis, risiko kegagalan komunikasi dan penyelarasan meningkat
                                apabila terdapat kekurangan kegiatan komunikasi yang cekap mengenai
                                wabak dan yang membina pemahaman yang komprehensif tentang risiko
                                penyakit berjangkit di kalangan dan antara pegawai kesihatan, masyarakat
                                yang terjejas atau terdedah dan orang awam.


                               Risiko Penyebaran Khabar Angin dan
                   06
                               Maklumat Yang Tidak Disahkan

                               Risiko penyebaran khabar angin dan maklumat yang tidak disahkan merujuk
                               kepada penyebaran sumber maklumat dengan fakta berlebihan yang tidak
                               dapat disahkan atau tidak dapat dibuktikan pada masa penghantaran dan
                               yang cenderung menjadi amat ketara dalam keadaan samar-samar atau
                               mengancam seperti semasa penyakit mula merebak. Contoh-contoh biasa
                               mengenai maklumat kesihatan yang salah/tidak disahkan semasa kejadian
                               atau kecemasan kesihatan awam termasuk penawar palsu untuk penyakit,
                               maklumat yang salah mengenai penularan penyakit, atau dakwaan bahawa

                               sesuatu penyakit itu dikaitkan dengan konspirasi kerajaan.



                               Risiko Kegelisahan dan Ketidakstabilan
                   07
                               Emosi
                               Terdapat risiko yang berkaitan dengan perubahan ‘mood’ semasa atau
                               selepas bencana dan pengalaman trauma yang lain. Kesan psikologi ini
                               memberi kesan besar kepada individu berkenaan dan masyarakat.
































    16
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37