Page 35 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 35
Punca utama kegagalan
komunikasi di institusi dan kesan
kepada peningkatan risiko
01 Risiko Kesihatan & Keselamatan
Punca kegagalan komunikasi
Keputusan pemimpin gagal disampaikan dengan berkesan kepada
kakitangan.
Peranan dan arahan tidak difahami.
Tidak cukup amaran terhadap bahaya.
Keadaan di IPT
Kakitangan masih datang ke pejabat walaupun mereka bergejala.
Kakitangan dan pelajar gagal menyatakan bahawa mereka telah berhubung
rapat dengan mangsa atau telah berada di kawasan zon merah.
Kakitangan dan pelajar tidak mematuhi SOP dan arahan yang diberikan.
02
Risiko Kerugian Kewangan
Punca kegagalan komunikasi
Mengabaikan maklumat yang relevan atau gagal mengenal pasti hubung-
kait antara cebisan maklumat dalam bahagian strategi dan operasi institusi
yang berlainan.
Maklumat mengenai perbelanjaan tambahan berkaitan dengan usaha
pencegahan, tindak balas dan pemulihan tidak didokumentasi dan
disebarkan dengan baik.
Perbelanjaan yang diperlukan untuk keadaan yang tidak dijangka tidak
disampaikan dengan baik.
Keadaan di IPT
Beberapa IPT menghadapi peningkatan perbelanjaan kerana mereka mesti
terus membayar sewa kemudahan dan infrastruktur sementara kampus
tetap ditutup.
IPT terpaksa membeli topeng muka, peralatan pelindung diri (PPE), dan
pembersih tangan secara besar-besaran semasa pandemik.
IPT terpaksa menanggung kos tambahan untuk menampung tempat tinggal,
makanan, dan ruang pengasingan untuk pelajar mereka semasa pandemik.
IPT membayar lebih daripada harga pasaran untuk beberapa peralatan
(perkhidmatan pembersihan) disebabkan oleh kurangnya pengetahuan
mengenai harga pasaran serta pengetahuan mengenai prosedur kewangan
untuk IPT semasa situasi kecemasan.
19

