Page 31 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 31

7 Jenis                  Risiko





             Berbagai   jenis   risiko   dikaitkan   dengan   keadaan  kecemasan,   dan   risiko  yang
             timbul daripada pandemik COVID-19 boleh diringkaskan seperti berikut:


                               Risiko Kesihatan & Keselamatan
                  01
                               Risiko kesihatan dan keselamatan merujuk kepada bahaya terhadap
                               kesihatan manusia, biasanya disebabkan oleh penyakit atau faktor gaya
                               hidup. Risiko kesihatan dan keselamatan disebabkan oleh kegiatan di
                               tempat kerja. Unit Kesihatan dan Keselamatan (OSH) di institusi
                               bertanggungjawab untuk mengenal pasti, menganalisis, dan
                               mengurangkan risiko yang berpotensi terhadap keselamatan dan
                               kesihatan.



                               Risiko Kerugian Kewangan
                  02
                               Risiko kerugian kewangan merujuk kepada akibat kewangan yang
                               disebabkan oleh sesuatu bahaya dan krisis yang mengejutkan. Sebagai
                               contoh, pemberhentian operasi, kehilangan produktiviti, penurunan
                               pendapatan, atau keperluan untuk perbelanjaan tambahan. Ini boleh
                               berlaku pada peringkat individu, industri, atau kebangsaan.




                               Risiko Gangguan Terhadap Operasi Harian
                  03
                               Risiko gangguan merujuk kepada kejadian bencana yang kurang
                               terkawal seperti kebakaran, kerosakan mesin, dan bencana alam. Risiko
                               kerugian boleh berlaku kerana kekurangan atau kegagalan proses

                               dalaman, manusia, atau sistem, atau akibat peristiwa luaran dan
                               bencana alam seperti kerosakan terhadap aset fizikal yang disebabkan
                               oleh ribut taufan, banjir, dan kebakaran.



                               Risiko Imej dan Reputasi
                  04
                               Risiko imej dan reputasi merujuk kepada reputasi dan tahap
                               kepercayaan orang awam terhadap sebuah organisasi yang terjejas
                               apabila ia gagal berhubung dengan orang ramai secara berkesan
                               semasa krisis. Kemungkinan atau bahaya kehilangan reputasi adalah
                               satu ancaman, dalam banyak cara, terhadap sebuah organisasi.
                               Kehilangan reputasi mempengaruhi daya saing, kedudukan tempatan,
                               kepercayaan dan kesetiaan pihak berkepentingan, hubungan media,

                               dan kesahihan operasi.

                                                                                                                    15
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36