Page 37 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 37
Risiko Imej dan Reputasi IPT
04
Punca kegagalan komunikasi
Kekurangan komunikasi kepada setiap kumpulan pihak berkepentingan
secara individu untuk menangani kebimbangan khusus.
Mengunjurkan imej yang tidak konsisten.
Maklum balas berterusan yang tidak mencukupi.
Tidak memaklumkan pihak berkepentingan.
Pekerja mencari atau berkongsi maklumat tidak rasmi yang mengapi-
apikan dalam talian atau melalui pesanan digital.
Tidak merujuk kepada pakar mengenai topik, menyebabkan komunikasi
mesej yang tidak tepat dan salah. Pihak berkepentingan merasa
terancam, tidak selamat, dan sangat tertekan.
Keadaan di IPT
Mesej komunikasi yang tidak konsisten menyebabkan panik, dan
pelajar terpaksa menanggung perbelanjaan tambahan.
IPT telah menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa dan pelajar.
Barisan hadapan kurang terlatih untuk komunikasi dan talian panas
IPT tidak dikendalikan 24 jam. Ini akan menjejaskan reputasi mereka.
Kurangnya rujukan kepada pakar mengenai pengurusan becana
penyakit berjangkit telah mengakibatkan penyebaran maklumat yang
tidak tepat dan melambatkan pengambilan keputusan.
Pelajar membandingkan usaha dan keputusan universiti mereka
dengan universiti lain. Mereka menggunakan media sosial untuk
meluahkan kekecewaan mereka.
Penyelidik atau akademik berkongsi hasil penyelidikan mereka di media
sosial atau media biasa, tetapi disalahfaham oleh orang ramai.
21

