Page 112 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 112
RINGKASAN UTAMA
Platform komunikasi harus digunakan secara bijak dan berhemah kerana ia berfungsi
sebagai alat komunikasi yang kuat, yang boleh mengubah tingkah laku manusia dan
meningkatkan kesejahteraan individu dan kesihatan awam.
Platform komunikasi yang berkesan memastikan bahawa maklumat tepat disampaikan
kepada kumpulan sasaran tepat pada masanya.
Komunikasi yang tepat pada masanya adalah sangat penting kerana pelbagai pihak
berkepentingan menuntut tindak balas yang segera dan menyeluruh dari institusi ,
yang akan membantu pihak berkepentingan yang terjejas membuat keputusan yang
tepat dan mengurangkan semua risiko yang berkaitan.
Kandungan komunikasi harus tepat, jelas, mudah difahami, boleh dipercayaai,
berempati, konsisten, dan telus.
Komunikasi risiko mesti digabungkan ke dalam strategi komunikasi krisis dan
dibangunkan di bawah payung pasukan tindakan kecemasan atau pasukan
kesinambungan perniagaan institusi.
Komunikasi risiko harus mempunyai peranan strategik yang ditetapkan dalam
kesediaan dan tindak balas kecemasan pasukan-pasukan kepimpinan dalam IPT,
termasuk anggota pasukan yang mempunyai fungsi salingan.
96