Page 115 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 115
AMALAN TERBAIK UNTUK KOMUNIKASI
RISIKO DAN KOMUNIKASI KRISIS YANG
BERKESAN
INTEGRASI KOMUNIKASI KECEMASAN DAN
KRISIS DENGAN STRATEGI YANG JELAS
Komunikasi risiko mesti digabungkan dengan strategi komunikasi krisis dan
dibangunkan di bawah payung pasukan tindakan kecemasan atau pasukan
kesinambungan perniagaan. Pihak IPT harus :
Menubuhkan tadbir urus dan kepimpinan. Komunikasi risiko harus
mempunyai peranan strategik yang telah ditentukan dalam pasukan-
pasukan kepimpinan kesediaan dan tindak balas kecemasan di IPT. Ini
termasuk anggota pasukan yang bersilang fungsi.
Meningkatkan pembinaan kemampuan. Penyediaan dan latihan
personel harus diatur secara berkala dan tertumpu pada penyelarasan
di antara pihak berkepentingan yang terlibat.
Menetapkan dasar dan memastikan dokumentasi adalah kemas kini
mengenai strategi kesediaan atau tindak balas krisis.
Memastikan pembiayaan yang jelas dan berterusan merupakan
komponen belanjawan teras untuk kesediaan, tindak balas, dan
pemulihan kecemasan.
Menetapkan alat pemantauan dan penilaian untuk menilai
keberkesanan (boleh dilakukan melalui maklum balas daripada pihak
berkepentingan). Ini berguna untuk membuat penilaian selepas krisis
dan penambahbaikan terhadap tindak balas masa depan.
99