Page 110 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 110

Selain daripada keperluan untuk menyesuaikan maklumat menurut peringkat krisis
                (seperti yang dinyatakan di bahagian awal modul ini), adalah penting untuk
                menyediakan kandungan komunikasi dengan menggunakan pemikiran berasaskan
                risiko. Pendekatan ini membolehkan institusi menjadi lebih proaktif dan tepat dalam
                tindakan komunikasi krisis mereka.       Jadual 14 menggambarkan beberapa contoh
                kandungan komunikasi yang menggunakan pemikiran berasaskan risiko. Sementara itu,
                Jadual 15 menunjukkan contoh mesej dan tanggungjawab utama.


                 Jadual 14: Menetapkan Bahan Komunikasi Berdasarkan Tujuan untuk
                 Mengurangkan Risiko
                  KANDUNGAN                           OBJEKTIF PENGURANGAN RISIKO


                  KOMUNIKASI UMUM YANG AWAL              Risiko maklumat salah dan panik
                                                         Risiko mempercayai atau menyebarkan berita palsu
                                                         Risiko jangkitan penyakit
                                                         Risiko reputasi

                  KEMAS KINI UMUM YANG TEPAT PADA        Risiko maklumat salah dan panik
                  MASANYA                                Risiko mempercayai dan menyebarkan berita palsu
                                                         Risiko jangkitan dan penyebaran penyakit
                                                         Risiko reputasi
                  KOMUNIKASI TENTANG PENDIDIKAN          Risiko jangkitan penyakit
                  KESIHATAN, KESELAMATAN, DAN            Risiko penyebaran penyakit
                  PROSEDUR                               Risiko ketidakstabilan emosi dan psikososial kakitangan dan
                                                         pelajar

                  KOMUNIKASI BERKAITAN DENGAN            Risiko gangguan terhadap operasi universiti
                  PEKERJAAN                              Risiko ganguan objektif universiti dan petunjuk prestasi utama
                                                         berkaitan dengan kakitangan

                  KOMUNIKASI BERKAITAN DENGAN            Risiko sekuriti dan keselamatan
                  KESELAMATAN                            Risiko jangkitan dan penyebaran penyakit
                                                         Risiko gangguan terhadap operasi universiti
                                                         Risiko ganguan objektif universiti dan petunjuk prestasi utama
                                                         Risiko kerugian kewangan

                  KOMUNIKASI BERKAITAN DENGAN            Risiko gangguan terhadap operasi universiti
                  KEGIATAN PELAJAR                       Risiko ganguan objektif universiti dan petunjuk prestasi utama yang
                                                         berkaitan dengan perniagaan teras universiti, yang melibatkan
                                                         pengajaran dan pembelajaran
                                                         Risiko reputasi
                  KOMUNIKASI KEPADA PIHAK                Risiko reputasi
                  BERKEPENTINGAN LUARAN                  Risiko salah komunikasi dan ketidakselarasan












     94
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115