Page 108 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 108

MASA KOMUNIKASI




        Masa merujuk kepada tempoh maklumat


        dikeluarkan mengakui bahawa krisis wujud.






        Masa untuk mendedahkan maklumat berkenaan                Di samping itu, komunikasi yang tepat pada
        dengan krisis merupakan taktik yang berada               masanya akan membantu institusi melindungi
        dalam kawalan sesebuah organisasi yang dapat             reputasi mereka, mengurangkan kemarahan
        mengurangkan kesan negatif sesuatu krisis atau           awam, dan kemungkinan berlaku komen negatif.
        peristiwa yang boleh berubah menjadi krisis.             Penyelidikan sebelum ini telah menekankan
                                                                 bahawa masa komunikasi krisis adalah saling
        Komunikasi yang tepat pada masanya adalah                berkaitan dengan faktor-faktor lain seperti
        kritikal kerana pelbagai pihak berkepentingan            peringkat krisis, jenis maklumat di dalam
        menuntut tindak balas yang segera dan                    komunikasi, dan rumusan pesanan. Namun,
        menyeluruh    dari institusi, yang akan membantu         perkara utama adalah setiap institusi harus
        pihak berkepentingan yang terjejas membuat               sedar akan kepentingan masa dan bersetuju
        keputusan yang tepat dan mengurangkan                    mengenai jangka masa yang dipilih untuk

        semua risiko yang berkaitan.                             menangani krisis tersebut. Jadual 13
                                                                 menggambarkan contoh masa dan
                                                                 tanggungjawab yang perlu dibangunkan oleh
                                                                 IPT.

                 Tugas-tugas dalam masa              dua puluh minit pertama

                        Jawatankuasa Pentadbir perlu menilai maklumat yang sedang masuk
                        Memutuskan sama ada penggera krisis harus dikeluarkan
                        Jika perlu, cetuskan rantai penggera
                        Terus ke pusat krisis
                        Sediakan hubungan komunikasi dengan pihak berkepentingan yang berkaitan, jika perlu

                  Tugas-tugas dalam masa              satu jam pertama
                        Membuat penilaian keadaan yang lebih terperinci
                        Mengeluarkan maklumat dan arahan untuk orang ramai, jika perlu
                        Memberi maklumat kepada pihak berkuasa
                        Memberi maklumat dalaman kepada kakitangan

                  Tugas-tugas dalam masa             dua jam pertama
                        Sediakan talian hotline untuk mereka yang mungkin akan terjejas.
                        Memberi maklumat kepada pihak akhbar, jika perlu
                                                                                                  Jadual 13:
                  Tugas-tugas dalam masa             dua puluh empat jam pertama
                                                                                                  Sampel dan
                                                                                                  Tanggungjawab
                        Sediakan jurucakap untuk sidang media, jika perlu
                        Mengadakan sidang media, jika perlu                                       yang diperlukan



     92
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113