| Universiti Putra Malaysia

UPM diiktiraf sebagai universiti terbaik dalam melahirkan graduan rebutan industri 2024 oleh Talentbank

 

 

KUALA LUMPUR, 2 Mei 2024 – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diiktiraf sebagai universiti terbaik dalam melahirkan graduan rebutan industri 2024 oleh Talentbank bagi tahun 2024 (2024's Leading Universities for Producing In-Demand Graduates, as Voted by Top Employers) dalam satu kajian oleh Talentbank.

Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM, Dr. Hizmawati Madzin berkata, graduan UPM mempunyai kemahiran yang tinggi dan berkualiti.

“Pencapaian ini menepati matlamat pertama Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu melahirkan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang.

“UPM turut diberi penarafan 6-bintang dalam 20 bidang pengajian antaranya Sains dan Teknologi Makanan, Perakaunan, Pentadbiran Perniagaan, Keusahawanan, Ekonomi, Aeroangkasa dan aeronautikal, Kaunseling, Analitik, Multimedia, Animasi, Pengurusan Sumber Manusia, Perhubungan Awam, Pengajian bahasa, Artkitek dan Senibina, Komunikasi, Sains dan banyak lagi,” katanya.

 

 

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin mewakili Naib Canselor UPM berkata, UPM berbangga diiktiraf sebagai sebuah universiti yang dapat melahirkan graduan yang menjadi rebutan industri.

Dalam pada itu, UPM turut menerima anugerah “Employers’ Choice Award 2024” di majlis Penyampaian Anugerah dan Rumah Terbuka Hari Raya 2024/2025 Talentbank baru-baru ini di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur.

Employers' Choice Award 2024 mengiktiraf sumbangan institusi pengajian tinggi yang cemerlang dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi memenuhi kehendak industri.

SXFUUA~