| Universiti Putra Malaysia

Perlu bersedia hadapi cabaran dan persaingan dunia luar - Tan Sri Peter Chin Fah Kui

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

 

BINTULU, 2 Nov – Graduan perlu bersedia menghadapi cabaran dan persaingan dunia luar serta mengembangkan kemahiran insaniah untuk terus kekal relevan dalam dunia kerjaya sejajar dengan keadaan semasa yang kini.

 

Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Peter Chin Fah Kui berkata graduan perlu teruskan usaha untuk mengembangkan dan kemahiran ini sepanjang perjalanan kerjaya mereka.

 

“Para graduan perlu menjadi individu yang fleksibel, sentiasa ingin belajar kerana majikan masa kini bukan sekadar memerlukan kepakaran teknikal malah kemahiran antaranya komunikasi yang berkesan, kerja berpasukan, dan keupayaan menyelesaikan masalah secara kreatif turut menjadi elemen penting dalam kerjaya,” katanya.

 

Beliau juga berharap agar para graduan terus berusaha gigih, memegang teguh kepada prinsip integriti dan sentiasa menunjukkan disiplin dalam apa jua yang diceburi.

 

“Kerjaya anda bukan sahaja akan menentukan masa depan anda tetapi juga memberi impak kepada keluarga, komuniti, dan negara. Pendidikan yang berkualiti adalah tonggak penting dalam pembangunan negara serta memacu kemajuan masyarakat,” katanya.

 

Selain itu, Tan Sri Peter Chin yakin dengan perancangan dan pelaksanaan Pelan Kerangka Hala Tuju Strategik UPM (True North) yang diilhamkan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah akan memberikan impak yang positif kepada kepada Pembangunan dan Agenda Universiti.

 

“Pelan ini akan menjadi panduan utama dalam membentuk masa depan UPM termasuk Kampus di Sarawak serta memperkukuhkan kedudukan universiti sebagai pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan  pendidikan serta mengukuhkan hubungan strategik dengan kerajaan negeri dan sektor industri di Sarawak,” katanya.

 

Dalam pada itu, Majlis Konvokesyen UPM ke-48 kali ketiga ini juga merupakan kali pertama Tan Sri Peter Chin menyempurnakan Majlis Konvokesyen UPM Sidang 1 di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu setelah dilantik pada 18 Oktober lalu.

 

Seramai 473 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen UPM ke-48 Sidang 1 di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) pada 2 November 2023 (Sabtu) dan 3 November 2024 (Ahad).

 

Pada sidang itu, beliau menyampaikan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) seramai 2, Ijazah Sarjana (Master) seramai 9, Bacelor (122) dan Diploma (340) pelbagai program pengajian.

 

XZFJWA~