Page 67 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 67
Jadual 7 menggambarkan templat untuk komponen-komponen pengurusan risiko yang
boleh digunakan untuk menilai dan mengurus kerentanan krisis. Ia boleh digunakan
untuk menilai keadaan keseluruhan atau untuk menilai keputusan berkenaan dengan
kegiatan atau tindakan tertentu.
Jadual 7: Contoh untuk Komponen-Komponen Pengurusan Risiko untuk Menilai dan
Mengurus Kerentanan Krisis
Langkah ketiga ialah pengurangan risiko . Pengurangan risiko harus dilaksanakan
sebagai langkah balas untuk mengawal risiko. Kawalan harus dilaksanakan untuk isu-
isu dengan skor tertinggi. Empat pendekatan yang mungkin untuk pengurangan risiko
adalah menghapuskan, memindahkan, merawat, dan terima. Hierarki keutamaan
kawalan untuk strategi intervensi adalah berdasarkan premis bahawa cara terbaik untuk
mengawal sesuatu bahaya adalah dengan menghapuskannya secara sistematik (Rajah
9). Berbagai usaha dapat digunakan untuk menangani semua pendekatan dalam
hierarki pengurangan risiko tersebut. Sebagai contoh, menggunakan produk atau
pendekatan atau kegiatan alternatif, meningkatkan komunikasi dan penyelarasan,
merumuskan peraturan baru, atau mengubah dasar. Dalam keadaan pandemik COVID-
19, hierarki ini harus digunakan dengan saranan semasa kesihatan awam.
Paling berkesan
Hapus
Pindah
Rawat
Terima
Rajah 9: Hierarki
Pengurangan Risiko
Kurang berkesan
51

