Page 47 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 47
Jurang Pengetahuan
5
Komunikasi risiko yang berjaya memerlukan kepakaran dalam penyampaian maklumat
yang dapat difahami, dapat digunakan, dan tepat kepada semua pihak yang
berkepentingan. Semasa krisis kesihatan berlaku, seperti pandemik COVID-19, pakar-
pakar epidemiologi diperlukan untuk menyediakan maklumat saintifik dan teknikal.
Namun, jika penyampaian itu terlalu rumit atau terlalu banyak perkataan digunakan,
maklumat tersebut tidak akan dapat disampaikan kepada kumpulan sasaran secara
berkesan dan difahami oleh mereka.
Untuk komunikasi risiko semasa pandemik
Oleh yang demikian, mereka yang
COVID-19, pemahaman mengenai ciri-ciri
mempunyai kepakaran teknikal dalam
epidemiologi wabak dan prinsip saintifik
epidemiologi, komunikasi, dan
di sebalik langkah pencegahan adalah
pengurusan risiko harus terlibat sebagai
penting untuk penilaian risiko yang
satu pasukan dalam komunikasi krisis.
berkesan agar risiko tersebut dapat
disampaikan dengan sewajarnya.
Pengenalpastian, penilaian, dan
Kegagalan menangani jurang
pengurangan risiko adalah aspek
pengetahuan ini akan menghalang
penting lain yang diperlukan untuk
keberkesanan komunikasi risiko itu.
komunikasi risiko yang berkesan.
Malangnya, setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza untuk pengurusan
risiko, termasuk pemahaman saintifik dan teknikal mengenai risiko.
Keperluan untuk Meningkatkan Penyelarasan
6
Satu lagi keperluan adalah untuk meningkatkan penyelarasan dan penyegerakan untuk
memperkemaskan proses. Satu komponen komunikasi yang penting sekiranya sesuatu
bencana atau kecemasan berlaku adalah pertukaran maklumat antara sumber-sumber
maklumat dan mereka yang dilanda krisis tersebut. Sekiranya ada pihak yang tidak
mampu atau lambat untuk memahami dan memenuhi peranan mereka, maka, organisasi
tersebut dan orang ramai akan terdedah kepada pelbagai jenis risiko. Komunikasi risiko
yang berkesan harus merangsang proses pertukaran maklumat yang dinamik dan
interaktif antara kumpulan penggerak utama dan pelbagai kumpulan sasaran. Walau
bagaimanapun, penyelarasan tindak balas kecemasan adalah tidak kemas dan dinamik,
tidak mudah, dan melibatkan pembuatan keputusan dan peruntukan sumber yang
merentasi sempadan.
31

