Page 42 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 42

RINGKASAN UTAMA




              Komunikasi adalah alat penting dalam usaha untuk membina dan menjaga reputasi

              baik, dan operasi dan tindak balas sebuah organisasi.

              Sesuatu krisis boleh berlaku kerana suatu kejadian yang tidak dapat diramalkan atau
              akibat peristiwa yang tidak dijangka yang dianggap sebagai risiko berpotensi.
              Risiko adalah kemungkinan bahawa sesuatu peristiwa atau keadaan negatif akan

              mempengaruhi seseorang individu dalam masa dan ruang tertentu.

              Kecemasan adalah keadaan apabila prosedur biasa ditangguhkan dan langkah luar
              biasa diambil untuk mengelakkan bencana.

              Komunikasi risiko, yang mempunyai asas kajian dalam kesihatan awam, keadaan
              kecemasan, dan pengurusan bencana, tertumpu pada pertukaran maklumat, nasihat

              dan pendapat dalam masa sebenar antara pakar dan orang yang sedang menghadapi
              ancaman terhadap kesihatan, ekonomi, atau kesejahteraan sosial mereka.

              Komunikasi krisis, yang mempunyai asas kajian dalam pengurusan krisis dan
              perhubungan awam, tertumpu pada komunikasi pesanan dan bagaimana ia

              disampaikan, dengan penekanan kepada keperluan untuk menyebarkan maklumat
              yang tepat, tepat pada masa, dan berguna semasa sesuatu peristiwa. Tumpuan

              komunikasi krisis adalah untuk bertindak balas terhadap keperluan segera masyarakat
              untuk maklumat dan memelihara reputasi sesebuah syarikat.

              Komunikasi risiko dan komunikasi krisis bertindih secara signifikan dan saling
              melengkapi. Institusi harus menggabungkan amalan terbaik kedua-dua komunikasi

              risiko dan komunikasi krisis dalam menghadapi sesuatu bencana atau krisis.

              Pemikiran berasaskan risiko digalakkan dan dipromosikan dalam ISO 9001, sementara
              rangka kerja ISO 31000 merangkumi kepentingan komunikasi dalam pengurusan risiko.

              Pandemik COVID-19 telah menimbulkan pelbagai risiko untuk institusi dan pihak
              berkepentingan mereka seperti risiko terhadap kesihatan dan keselamatan, kerugian

              kewangan, gangguan kepada operasi harian, kerosakan pada imej dan reputasi,
              komunikasi dan penyelarasan yang salah, khabar angin dan maklumat yang tidak

              disahkan, kegelisahan, dan ketidakstabilan emosi.
              IPT terdedah kepada pelbagai keadaan risiko, yang boleh dikurangkan atau dihapuskan

              sama sekali jika punca kegagalan komunikasi dikenal pasti dan diuruskan atau jika
              komunikasi risiko dan krisis ditangani secara berkesan.



     26
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47