Page 39 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 39
Risiko Penyebaran Khabar Angin dan
06
Maklumat yang Tidak Disahkan
Punca kegagalan komunikasi
Berlaku apabila warga institusi tidak tahu maklumat mana yang
harus dirujuk (terlalu banyak entiti yang berkongsi maklumat,
maklumat sentiasa berubah, atau maklumat mengandungi kesilapan
dan orang hilang kepercayaan).
Kekurangan penapisan, jangkauan luas, dan kelajuan segera untuk
saluran komunikasi tidak rasmi dalam talian berbanding dengan
saluran rasmi.
Tiada platform komunikasi yang sebenarnya untuk pihak
berkepentingan.
Media sosial terlalu menonjolkan kesilapan kecil.
Orang suka berkongsi dan menyebarkan maklumat yang tidak
disahkan.
Keadaan di IPT
Versi draf bahan komunikasi disebarkan.
Fenomena infodemik (maklumat berlebihan) telah muncul dengan
pandemik ini, dengan campuran maklumat yang tepat, tidak tepat,
atau palsu.
Usaha tambahan harus dilakukan oleh IPT untuk membetulkan salah
faham, memberi perhatian kepada banyak pertanyaan daripada
kakitangan dan pelajar mengenai pesanan palsu, dan mengambil
langkah-langkah kawalan kerosakan.
Kakitangan dan pelajar bertindak berdasarkan maklumat yang tidak
betul.
23

