Page 118 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 118

MENGETAHUI KUMPULAN

                     SASARAN





           Komunikasi risiko mesti mempertimbangkan dan menghormati budaya, kepercayaan,
           status kesihatan, bahasa, dan status sosio-ekonomi kumpulan sasaran. Mengetahui

           kumpulan sasaran termasuk mengenali cara untuk menghampiri mereka, dan saluran
           dan kaedah komunikasi yang tepat untuk mereka.


           Ini akan membolehkan pihak institusi menyesuaikan maklumat secara tepat menurut
           kumpulan sasaran mereka yang berbeza dan akan membantu dalam penyebaran

           maklumat.     Pihak IPT harus:



                   Mengenal latar belakang sosio-ekonomi kumpulan sasaran                   dan
                   memahami jurang pengetahuan mereka mengenai krisis, keupayaan
                   komunikasi dan kemampuan komunikasi.


                   Mengenal pasti semua kumpulan sasaran               dan memahami persepsi risko,
                   kebimbangan, dan keperluan komunikasi mereka.


                   Mengenal pasti budaya, bahasa, status kesihatan dan gaya hidup
                   kumpulan sasaran       kerana ini akan membantu meramalkan persepsi risiko
                   mereka dan untuk menyediakan bahan komunikasi dengan sewajarnya.


                   Mendengar dan berusaha memahami pelbagai keperluan                     dan perspektif
                   pihak berkepentingan dengan mengadakan komunikasi dua hala.


                   Berinteraksi melalui dialog dua hala dengan mereka yang terdedah dan
                   rentan terhadap risiko,      mereka yang mungkin akan mempengaruhi dan
                   mengawal risiko, pihak berkepentingan yang berminat, dan masyarakat

                   umum. Ini akan membolehkan pesanan komunikasi risiko itu disesuaikan
                   untuk kumpulan sasaran, dan dengan itu, memaksimumkan keberkesanan
                   dan penyebarannya.


                   Memahami dan bertindak balas terhadap faktor-faktor yang mendorong
                   kebimbangan mereka         mengenai risiko kesihatan, dan menghormati
                   tumpuan pihak berkepentingan.






    102
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123