| Universiti Putra Malaysia

Fenomena Garis Badai

Garis badai adalah merupakan sekumpulan barisan awan ribut petir yang bergerak dari arah laut ke daratan dan selalunya berlaku ketika Monsun Barat Daya iaitu dari Jun hingga September di kawasan Selat Melaka.

Panjang garis badai boleh mencapai ratusan kilometer dan mempunyai tempoh hayat yang agak lama iaitu beberapa jam berbanding ribut petir biasa. Garis badai boleh menghasilkan angin kencang melebihi 32 kilometer sejam dan hujan lebat yang meluas.

SXFDKAn~