Page 123 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 123

RINGKASAN UTAMA




               Pesanan yang tidak tepat, tidak konsisten, dan mengelirukan akan memburukkan

               lagi krisis tersebut, dan menyebabkan institusi kehilangan kepercayaan staf mereka.
               Oleh itu, kuncinya adalah untuk berkomunikasi secara tepat, jelas, tepat pada

               masanya, dan kerap.


               Kepercayaan boleh dikikiskan atau hilang dengan mudahnya melalui komunikasi

               yang tidak berkesan atau tidak sesuai.


               Dengan kepercayaan, institusi dengan lebih mudah dapat meningkatkan kesedaran,

               menggalakkan sifat melindungi, membina pengetahuan mengenai risiko, dan
               memberi maklumat tentang bagaimana berperilaku semasa bencana.



               Memahami kumpulan sasaran akan membolehkan institusi menyesuaikan maklumat
               dengan tepat mengikut target yang berbeza, dan akan membantu dalam
               penyebaran maklumat.



               Melibatkan diri dalam dialog dua hala dengan mereka yang terdedah kepada risiko
               dan mungkin akan terjejas olehnya, orang yang mungkin mempengaruhi dan
               mengawal risiko, pihak berkepentingan yang berminat, dan masyarakat umum. Ini

               akan membolehkan pesanan komunikasi risiko disesuaikan untuk kumpulan
               sasaran, dan dengan itu, memaksimumkan keberkesanan dan penyebarannya.



               Komunikasi risiko harus melibatkan pakar saintifik untuk data yang tepat dan boleh
               dipercayai.



               Untuk menjadikan komunikasi risiko itu berkesan, pihak IPT mesti berkongsi
               tanggungjawab dan mengekalkan kerjasama dengan semua pihak berkepentingan.



               Saluran lebihan meningkatkan kemungkinan untuk kumpulan sasaran menerima
               maklumat kritikal. Institusi harus menggunakan semua platform media, termasuk
               media sosial, untuk menyebarkan pesanan.





                                                                                                                    107
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128