Page 121 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 121
GUNAKAN SEMUA PLATFORM MEDIA
Kepelbagaian saluran meningkatkan kemungkinan kumpulan sasaran akan
menerima maklumat kritikal. Pada zaman digital ini, penyebaran dan perbincangan
maklumat banyak berlaku di platform dalam talian, dan institusi harus
menggunakan semua platform media, termasuk media sosial. Platform-platform ini
boleh menawarkan cara-cara yang cekap, menjimatkan kos and interaktif untuk
penyebaran pesanan.
Pihak IPT harus:
Memastikan maklumat beralir kepada dan melalui media, dan
menjaga agar operasi perkhidmatan kecemasan tidak terganggu oleh
media.
Interaksi yang berkesan melalui penggunaan semua platform
media boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha
untuk mengurangkan kerugian.
Memastikan amaran dapat diberikan sebelum peristiwa berlaku
kerana maklumat yang tepat, tepat pada masa dan konsisten, yang
disampaikan melalui media tradisional dan media sosial boleh
menjadi penentu dalam mencegah sebarang kejadian yang tidak
perlu berlaku.
Bersikap konsisten untuk berkomunikasi melalui saluran-saluran
yang sama (media sosial & media tradisional).
Kandungan yang dikongsikan melalui media sosial dalam bentuk
poster digital, video pendek, streaming langsung di forum dalam
talian, dan pengumuman.
Platform komunikasi digital dan atas talian boleh digunakan untuk
mengirim maklumat seperti pesanan teks, amaran, borang tinjauan,
poster digital, dan kemas kini penting.
105