Page 69 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 69
RINGKASAN UTAMA
Komunikasi risiko yang berkesan boleh dicapai melalui komunikasi krisis yang
disediakan dengan baik dan merupakan kunci kepada kesediaan, tindak balas, dan
pemulihan sebuah institusi.
Fasa pra-krisis merupakan masa yang terbaik untuk institusi bermula menilai
kerentanan, mengatur tadbir urus dan struktur komunikasi krisis, memperkuatkan
latihan dan membina kemampuan, dan menyediakan pelan komunikasi krisis yang
dapat dilaksanakan.
Risiko dan krisis saling berkaitan. Jika sesuatu risk berlaku dan ia tidak diuruskan
dengan baik, ia akan berubah menjadi krisis, sementara krisis yang ditangani secara
tidak berkesan akan meningkatkan risiko pelbagai akibat negatif untuk institusi
tersebut.
Pengurusan risiko adalah asas pengurusan krisis dan komunikasi krisis. Institusi boleh
menggunakan analisis risiko untuk membantu menilai kerentanan. Kerentanan adalah
kelemahan yang boleh berkembang menjadi krisis.
Pengurusan risiko melibatkan pengenalpastian risiko, penilaian risiko, dan pengurangan
risiko. Kawalan harus dilaksanakan untuk masalah yang mempunyai skor risiko
tertinggi.
Keputusan mengenai pengurangan risiko biasanya didorong oleh faktor kos. Institusi
boleh menggunakan teknik pengimbangan risiko untuk membandingkan kos risiko
tersebut dengan kos pengurangan risiko.
Pendekatan pengurusan risiko perniagaan (PRP) harus digunakan untuk pengurusan
krisis dan komunikasi krisis.
53

