Page 72 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 72

KOMUNIKASI RISIKO PERLU MENJADI


           SEBAHAGIAN DARI KOMPONEN

           JAWATANKUASA PASUKAN


           TINDAKAN KECEMASAN (PTK)



           Wabak COVID-19 secara tidak


           langsung telah mengganggu aspek


           akademik dan pentadbiran


           universiti.







           PTK merupakan pasukan yang telah ditentukan yang dikenal pasti
           berdasarkan kepakaran dan pengalaman individu, dan ditubuhkan dengan

           memadankan kepakaran dengan keperluan insiden untuk memberikan
           tindakbalas yang pantas dalam menguruskan wabak penyakit secara
           berkesan. PTK bertindak sebagai responder pertama terhadap sebarang

           wabak. Anggota PTK boleh melaksanakan tugas mereka secara berkesan
           sekiranya mereka menerima maklumat yang mencukupi mengenai risiko.






                             Di Malaysia, PTK adalah syarat wajib dalam Akta Keselamatan dan
                             Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994. Oleh itu, PTK boleh dibentuk di IPT

                             untuk menguruskan keadaan bencana dan kecemasan secara berkesan,
                             termasuk wabak penyakit, yang boleh mengancam keselamatan dan

                             kesihatan di tempat kerja. Komunikasi risiko, yang berfungsi untuk
                             meningkatkan kesedaran, menggalakkan sifat melindungi, dan membina

                             pengetahuan tentang risiko, adalah tulang belakang ketersediaan, tindak
                             balas, dan pemulihan dalam sesuatu krisis. Komunikasi krisis yang

                             berkesan dengan pihak berkepentingan utama adalah komponen penting

                             dalam strategi kesinambungan perniagaan. Komunikasi risiko harus
                             menjadi sebahagian daripada pasukan komunikasi krisis dalam PTK.






    56
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77