Page 73 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 73
Komposisi atau struktur PTK harus berbeza-beza, bergantung kepada jenis krisis
dan saiz institusi. Ia harus termasuk wakil daripada pengurusan atasan IPT. Satu
carta yang menunjukkan gambaran grafik struktur organisasi dan kaitan
antara jawatankuasa-jawatankuasa ini harus dibangunkan untuk menunjukkan
kewibawaan, garis perintah, tugas, hubungan antara personel, jawatankuasa-
jawatankuasa, dan cara berkomunikasi. Maka, perlu diadakan model berstruktur
yang baik untuk membolehkan pemimpin mengawal dan memantau aktiviti
komunikasi risiko dan komunikasi krisis.
Berdasarkan analisis amalan IPT semasa pandemik COVID-19, telah didapati
bahawa tidak ada struktur seragam dalam komunikasi risiko dan komunikasi krisis
di IPT. Sebelum berlakunya pandemik COVID-19, di beberapa IPT, terutamanya di
politeknik dan kolej komuniti, sebuah pasukan PTK tidak wujud secara formal.
Sebagai garis panduan umum, sebuah PTK di IPT boleh terdiri daripada:
Naib Canselor
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Pusat Kesihatan; Pejabat Kesihatan Daerah
Doktor Kesihatan Awam
Unit Strategi & Komunikasi Korporat
Pegawai Persekitaran
Unit Keselamatan
Pendaftar / Hal Ehwal Pelajar & Kakitangan
Pentadbiran Akademik
Sokongan Kaunseling & Psikologi
Wakil Kampus
Unit Kewangan
Terma rujukan (TR) untuk pasukan tindak balas kecemasan mesti dijelaskan
dengan baik dalam pelan tindak balas dan tindakan untuk sebarang wabak
penyakit. Oleh yang demikian, semua anggota PTK dapat melihat bahawa
peranan dan tanggungjawab mereka merupakan bahagian penting dari
keseluruhannya.
57