Page 127 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 127

Mempelajari Amalan Terbaik

           Komunikasi Risiko Melalui Penanda

           Aras





           Terbukti bahawa penanda aras adalah kaedah yang berkesan untuk mengenal pasti
           maklumat mengenai amalan terbaik dan meningkatkan proses dalam organisasi, dan

           ia membolehkan perkongsian idea dan amalan terbaik berkenaan dengan kekuatan
           dan kelemahan organisasi.


           Dengan menyertai kumpulan-kumpulan penanda aras secara kolaboratif, IPT boleh
           mengambil bahagian dalam suatu pendekatan pembangunan untuk membentuk diri
           mereka mengikut keperluan institusi mereka. Tambahan pula, mereka boleh belajar

           bersama dengan IPT lain tentang bagaimana mereka boleh meningkatkan strategi
           mereka dengan membandingkan proses mereka dengan cara yang sangat berstruktur
           semasa krisis. Apabila dipandang secara serius, penanda aras membantu institusi:




                             Menghubungi pelbagai pihak berkepentingan dalaman dan
                             luaran dengan cara yang lebih cekap


                             Membuat keputusan yang lebih baik untuk pembangunan, dan
                             meningkatkan kesedaran, keterlihatan, profil, dan reputasi
                             mereka, dan memperolehi kelebihan daya saing yang kuat


                             Menjalankan penilaian diri


                             Memperolehi maklumat dan data mengenai diri mereka sendiri
                             dan institusi lain untuk menyokong pembuatan keputusan


                             Mengenal pasti bidang yang perlu diperbaiki dan menetapkan
                             sasaran untuk pembangunan institusi
















                                                                                                                    111
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132