Page 102 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 102
SENARAI SEMAK PELAN TINDAKAN
UNTUK SELEPAS KRISIS: PERINGKAT
PEMULIHAN
Apabila krisis tersebut berakhir, pihak IPT mesti memastikan bahawa pihak
berkepentingan ditinggalkan dengan gambaran positif mengenai usaha pengurusan
krisis mereka. Pada peringkat ini, pihak IPT boleh memperolehi maklumat lanjutan
daripada semua pihak berkepentingan mereka dan mengumpulkan data sebagai maklum
balas untuk penambahbaikan pada masa hadapan.
1. KOMUNIKASI KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN DALAMAN
Menyampaikan maklumat berkenaan dengan langkah-langkah pemulihan dan
harapan untuk kembali seperti “sedia kala”.
Menyampaikan pengajaran yang dipelajari kepada masyarakat IPT dan pihak
berkepentingan melalui semua media yang sedia ada .
Mengakui secara terbuka sumbangan semua masyarakat kampus dan pihak
berkepentingan yang berkaitan.
Menggabungkan pengajaran yang dipelajari ke dalam kegiatan komunikasi dan
perancangan untuk krisis kesihatan awam utama seterusnya.
2. KOMUNIKASI KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN LUARAN
Menyampaikan pengajaran yang dipelajari kepada masyarakat IPT dan pihak
berkepentingan melalui semua media yang sedia ada.
Mengakui secara terbuka sumbangan semua masyarakat kampus dan pihak
berkepentingan yang berkaitan.
Sepanjang peringkat ini, pihak IPT harus menilai pengajaran yang dipelajari, dasar
atau perubahan yang diperlukan terhadap peraturan berkaitan dengan komunikasi,
keupayaan dan kemampuan pasukan, dan keberkesanan pelan komunikasi krisis
dalam penyampaian maklumat yang tepat pada masanya, tepat dan dapat
dipercayai semasa krisis tersebut.
86

