Page 101 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 101
SENARAI SEMAK PELAN TINDAKAN
SEMASA KRISIS: PERINGKAT TINDAK
BALAS
Sepanjang peringkat ini, institusi harus terus menjalankan pemantauan aktif untuk
khabar angin dan berita palsu. Institusi harus menggunakan platform media sosial
untuk memberikan dan memperolehi maklumat yang relevan untuk mengekalkan
kesedaran keadaan.
1. KOMUNIKASI MENGENAI KEMAS KINI YANG TEPAT PADA MASANYA
Keadaan semasa mengenai pandemik
Pelan tindakan seperti yang diputuskan oleh PTK berkenaan dengan pekerjaan,
keselamatan, kegiatan pelajar dan lain-lain perkara yang berkaitan selaras dengan
SOP Negara dan peraturan dan undang-undang oleh pihak berkuasa peringkat
tinggi
Memantau dan mengeluarkan peringatan mengenai privasi, kerahsiaan, dan etika
semasa menangani data berkaitan dengan pandemik
2. KOMUNIKASI BERKAITAN DENGAN KESELAMATAN
Mengemas kini maklumat menurut apa yang telah diputuskan oleh PTK Universiti
berkenaan dengan prosedur keselamatan dan tempat masuk ke universiti
Kawalan pergerakan untuk masyarakat kampus yang sedang masuk dan keluar
Menyampaikan SOP kampus berkenaan dengan pengawasan dan pelaporan risiko
(misalnya, untuk mengisi borang risiko harian)
3. KOMUNIKASI MENGENAI PENDIDIKAN KESIHATAN
Mengemas kini maklumat dan kesedaran mengenai keadaan penyakit
Peringatan dan kemas kini mengenai prosedur pencegahan
Menyampaikan SOP kampus mengenai pengesanan hubungan dan rujukan awal
untuk diagnosis, pengasingan, dan kuarantin
4. KOMUNIKASI KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN LUARAN
Berkongsi kepakaran universiti dengan orang ramai melalui pelbagai platform
Berkongsi maklumat mengenai keselamatan pelajar dan usaha-usaha universiti
85