Page 22 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 22
Piawaian, Peraturan dan Undang-Undang
yang Mewajibkan Komunikasi Risiko
Komunikasi risiko diwajibkan oleh beberapa peraturan dan piawaian sebagai sebahagian
daripada penilaian risiko dan proses pengurusan risiko.
Peraturan Kesihatan Antarabangsa (2005) menguraikan komunikasi risiko sebagai
kemampuan teras untuk mengurangkan kesan dan hasil daripada peristiwa kesihatan dan
kecemasan.
Lima strategi penting diketengahkan dalam Model Bersepadu untuk Komunikasi Risiko
oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), iaitu, sistem komunikasi risiko, komunikasi dan
penyelarasan dalaman dan rakan kongsi, komunikasi awam, keterlibatan komunikasi
dengan masyarakat yang terjejas, dan mendengar secara dinamik dan pengurusan khabar
angin.
Rangka Kerja Kesediaan Menghadapi Wabak Influenza (PIP) menggariskan komunikasi
risiko sebagai salah satu daripada lima strateginya. Rajah 1 menggambarkan tiga rangka
kerja antarabangsa yang penting yang berkaitan dengan komunikasi risiko.
Rajah 1: Rangka Kerja Antarabangsa Mengenai Kepentingan Komunikasi
ISO 31000 ialah sekelompok piawaian yang dikanunkan oleh Pertubuhan Piawaian
Antarabangsa berhubung dengan pengurusan risiko. ISO 31000:2018 menyediakan prinsip dan
garis panduan umum mengenai pengurusan risiko yang dihadapi oleh organisasi. ISO 31000
direka bentuk untuk “meningkatkan kemungkinan mencapai objektif, meningkatkan
pengenalpastian peluang dan ancaman, dan memperuntukkan dan menggunakan sumber secara
berkesan untuk menangani risiko”. ISO 31000 memerlukan komunikasi dengan pihak
berkepentingan luaran dan dalaman sepanjang semua peringkat proses pengurusan risiko.
Komunikasi bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai risiko.
ISO 45001 adalah berkaitan dengan sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan
yang menyediakan cara yang tepat untuk menggabungkan pengurusan risiko ke dalam sistem
pengurusan dengan menggunakan struktur tahap tinggi. ISO 14001:2015 mentakrifkan “risiko dan
peluang” sebagai “kesan buruk (ancaman) yang berpotensi dan kesan bermanfaat (peluang) yang
berpotensi”. ISO 45001 memerlukan komunikasi dengan pihak berkepentingan luaran dan
dalaman sepanjang semua peringkat proses pengurusan risiko. Komunikasi bertujuan untuk
meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai risiko.
6

