Page 21 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 21
Skop Modul:
1 Modul ini adalah sebahagian daripada Pelan Tindak Balas dan Kesediaan
untuk pandemik COVID-19 dan wabak penyakit berjangkit lain atau Pelan
Kesinambungan Perniagaan lain yang digunakan oleh IPT seperti Pasukan
Petugas Tindakan Kecemasan.
2 Modul ini memberi penekanan kepada skop komunikasi krisis yang biasanya
digunakan untuk menjaga prestasi dan reputasi institusi.
3 Modul dan Peluang (PBPRP), berdasarkan Pengenalpastian Bahaya, Penilaian
mengintegrasikan
ini
aspek-aspek
45001:
2019
31010:2019
dan
ISO
Risiko
untuk bahaya dan risiko berkaitan dengan COVID-19.
4 Modul ini menyediakan rangka kerja untuk pelan tindakan dan cadangan
dalam konteks IPT untuk komunikasi yang amat diperlukan untuk melawan
wabak penyakit berjangkit dan kecemasan kesihatan awam.
Modul ini fokus terhadap peranan komunikasi dalam mengurangkan kesan
pandemik COVID-19, dengan penekanan pada universiti dan pihak
5 berkepentingan. Ia tidak tertumpu pada komunikasi mengenai pengurusan kes
klinikal COVID-19, yang berada di bawah bidang kuasa hospital atau
kemudahan kesihatan lain yang berkaitan (contohnya, garis panduan
komunikasi dan SOP untuk pengurusan kes dan hubungan yang berkesan
berada di luar skop modul ini).
6 Garis panduan mengenai cara menulis kandungan komunikasi dan kemahiran
menulis adalah di luar skop modul ini.
5

