SERDANG, 10 Disember- Universiti Putra Malaysia (UPM) anjur program Youth Voices on Climate Actions: Youth Focus Group Discussion for Nationally Determined Contributions (NDCs 3.0) dengan kerjasama UNICEF Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, ClimX.
Program ini bertujuan memperkasakan peranan golongan belia dalam merangka penyelesaian mampan bagi masa depan yang tahan terhadap perubahan iklim, sekaligus berfungsi sebagai medium perkongsian ilmu pengetahuan tentang perubahan iklim alam sekitar
Timbalan Setiausaha Bahagian Perubahan Iklim, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Ahmad Farid berkata penglibatan golongan belia dalam kerangka dasar iklim penting bagi memperkasakan potensi mereka dalam memacu perubahan transformasi bagi menangani krisis iklim.
“Penglibatan pelbagai pihak dari semua sektor terutamanya golongan belia amat penting bagi memastikan belia memainkan peranan aktif dalam membentuk dasar yang melindungi alam sekitar dan generasi masa depan Malaysia,
“Perspektif belia menjadi teras kepada usaha kerajaan dalam menangani krisis iklim, sekaligus perkara ini dapat melahirkan belia yang lebih cakna dalam isu perubahan iklim di Malaysia,” katanya
Dalam pada itu, program ini turut menekankan konsep "polluter-pay" dengan memperkenalkan Cukai Karbon ke atas industri besi dan keluli serta sektor tenaga bagi menggalakkan penggunaan teknologi rendah sebagai suatu usaha melindungi alam sekitar menjelang tahun 2026.