| Universiti Putra Malaysia

UPM perkenal pendekatan kesihatan berasaskan alam semula jadi

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

PASIR PUTEH, 30 Oktober – Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) telah menganjurkan Kursus Terapi Hutan di Taman Eko-Rimba Jeram Linang, Pasir Puteh. Program ini bertujuan mendidik peserta mengenai manfaat aktiviti rekreasi berasaskan hutan terhadap kesejahteraan fizikal dan mental.

Seramai 20 peserta dari Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPK) menyertai program ini.

 

 

Ketua Program, Dr. Daljit Singh Karam Singh, berkata kursus tersebut memperkenalkan konsep terapi hutan secara saintifik agar peserta memahami peranan alam semula jadi dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup.

 

Beliau menjelaskan bahawa terapi hutan bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi turut membantu mengurangkan tekanan serta meningkatkan keseimbangan emosi dan mental melalui aktiviti deria seperti pemerhatian, pernafasan dan refleksi diri.

 

 

Menurut peserta, Nur Jazilah Jaafar, program ini memberi peluang untuk memahami secara mendalam manfaat terapi hutan terhadap kesejahteraan diri.

 

Beliau berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan bagi memperluas kesedaran tentang penjagaan hutan dan kesejahteraan mental dalam kalangan warga universiti serta masyarakat umum.

WYLBCAZ~