Page 8 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 8

SEKAPUR SIRIH MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA



                                           Dalam      era    VUCA,      iaitu   Kemeruapan       (    Volatility  ),
                                           Ketidakpastian    (  Uncertainty  ),   Kerumitan   (  Complexity  )   dan

                                           Kekaburan     (  Ambiguity  ),   Institusi   Pengajian   Tinggi   (IPT)
                                           berhadapan       dengan      pelbagai    cabaran      khususnya
                                           berkaitan   melestarikan    keteguhan    institusi.   Cabaran   ini

                                           memerlukan     IPT   sentiasa   bersiap-siaga   untuk   mengurus
                                           risiko   yang   dihadapi   melalui   kepimpinan    proaktif   dan
                                           perancangan strategik yang mantap.



                Dalam   hal  ini,  kelangsungan  IPT   bergantung   kepada  sejauh  mana  kita  menguasai
                komunikasi   bagi   menangani   risiko   dan   krisis   yang   berlaku.   Penularan   pandemik

                COVID-19    khususnya    telah   memberi   impak   yang   ketara   kepada   IPT   khususnya
                dalam   soal   operasi  dan  keselamatan   staf   juga  pelajar.   Tidak   dinafikan,   COVID-19
                telah   mempercepatkan    usaha-usaha     IPT   untuk   mengambil   kira   soal   komunikasi

                risiko dan komunikasi krisis bagi memastikan ketahanan institusi masing-masing.

                Saya   percaya,  modul  Komunikasi   Risiko  Dan  Komunikasi  Krisis  boleh  menjadi  satu

                manual    dan   garis   panduan   penting   kepada    IPT   (universiti   awam,   universiti
                swasta,   politeknik,   dan   kolej   komuniti)   dalam   usaha   proaktif   mereka   terhadap
                pengurusan    komunikasi    risiko   dan   komunikasi   krisis   yang   lebih   efektif,   demi

                kelangsungan      institusi   terpelihara.   Garis   Panduan     ini   juga   menyokong
                pelaksanaan    Pelan   Pembangunan     Pendidikan   Malaysia   (Pendidikan   Tinggi)   atau
                PPPM   PT   2015-2025   melalui   lonjakan   keenam   dan   kesepuluh,   iaitu   Pemantapan

                Tadbir   Urus   dan   Transformasi   Penyampaian    Pendidikan    Tinggi   yang   memberi
                penekanan    kepada  aspek   inovasi  atau  pembaharuan    dalam   governan   dan   sistem

                operasi IPT.

                Tahniah   saya   ucapkan   kepada   penyelidik   dari   Universiti   Putra   Malaysia   (UPM)
                yang   juga   merupakan   penulis   modul   ini.   Harapan   saya   agar   modul   ini   dapat

                dimanfaatkan oleh warga IPT dengan sebaiknya untuk kebaikan bersama.


                “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”

                “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


                YB. DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD

     vii
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13