Page 11 - Modul KOMUNIKASI RISIKO & KRISIS
P. 11

PENGHARGAAN


               Penerbitan     modul    ini   melibatkan   beberapa     pihak   berkepentingan      yang

               menyumbang           kepada       penyelidikan       dan      membantu         menyusun
               kandungannya.        Modul    ini   adalah   salah    satu   hasil   di   bawah    geran

               penyelidikan     mengenai     Komunikasi      Risiko   untuk   Melindungi     Kesihatan

               Awam      di   bawah    Tabung     Tambahan      COVID-19           Malaysia    One    Health
               University   Network        (MyOHUN)    yang   disokong   oleh   projek   Agensi   Amerika

               Syarikat   untuk   Pembangunan      Antarabangsa      (USAID)   yang   dinamakan           One
               Health   Workforce    Next  Generation         (OHW-NG).   Penerbitan    modul   ini  adalah

               usaha    bersama    oleh   Universiti   Putra   Malaysia   dan   Kementerian   Pengajian
               Tinggi   Malaysia.    Barisan   penyelidik   mengucapkan       terima   kasih   khasnya

               kepada     Pejabat    Penyelaras        Malaysia    One    Health    University    Network
               (MyOHUN),      atas   dedikasi,   bimbingan,   dan   kepercayaan     mereka    terhadap

               pasukan kami.






                      Risiko dan krisis saling berkaitan, dan kedua-duanya tidak

                     bertindak secara berasingan. Jika sesuatu risiko muncul dan

                        tidak diurus dengan baik, ia boleh mengakibatkan krisis.
                     Sementara itu, krisis yang tidak ditangani dengan baik akan

                        meningkatkan risiko berlakunya pelbagai akibat negatif

                                               untuk sebuah institusi.








                                                                                                                      x
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16