| Universiti Putra Malaysia

UPM Terima Mesin Memproses Padi Bernilai RM100,000 dari IPMA Industry Sdn. Bhd.

**This article was published in Bahasa Melayu and has no translation in English

Oleh Dr. Muhammad Hazwan Hamzah

SERDANG – Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima empat mesin memproses padi bernilai RM100,000 hasil sumbangan IPMA Industry Sdn. Bhd. dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSAE).

Mesin memproses padi tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian serta Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, UPM.

Empat mesin memproses padi tersebut adalah small scale pre-cleaner, paddy huller, cylinder grader dan polisher.

Sumbangan itu adalah permulaan kerjasama antara UPM dan IPMA Industry Sdn Bhd yang merupakan pengeluar utama jentera dan mesin memproses padi di Malaysia.

Mesin berkenaan dapat membantu pelajar untuk mempelajari teknologi terkini yang digunakan dalam industri pemprosesan padi serta sokongan dan sumbangan daripada industri amat diperlukan oleh universiti dalam melahirkan graduan berkualiti.

Sementara itu, kerjasama sinergetik itu diteruskan dalam R&D Transdisciplinary Research Grant Scheme (TRGS) bagi projek meningkatkan produktiviti beras pulut dan kelestarian melalui amalan pertanian pintar yang diketuai oleh Prof. Madya. Ir. Dr. Norhashila Hashim, penyelidik di Pusat Penyelidikan Teknologi Pertanian Pintar (SFTRC), UPM.

Inisiatif kerjasama antara UPM dan IPMA Industry Sdn Bhd mampu melonjak perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat serta memperkasa UPM sebagai pusat kecemerlangan pertanian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Hubungan kerjasama ini melonjakkan lagi pendekatan berdasarkan model Quintuple helix, gabungan antara akademia universiti, industri, komuniti, kerajaan dan alam sekitar dalam memberi solusi kepada isu-isu nasional dan antarabangsa demi manfaat semua pihak. – UPM.

SXDcWA2~