Video Kolaborasi Monograf



Penggunaan kolaborasi video untuk Pendidikan Jarak Jauh, mesyuarat, VIVA (Pelajar Pasca Siswazah), teleperubatan dan perkongsian kerja antara penyelidik.

Kolaborasi Video merupakan satu bentuk aktiviti penghantaran audio dan visual dengan penambahan fungsi perkongsian dokumen, maklumat, paparan komputer dan skrin maya. Ia merupakan satu bentuk transmisi dua hala, suara, citra (audio video) dan data antara dua lokasi yang berbeza seolah-olah pengguna berkomunikasi di satu tempat yang sama.

iDEC menawarkan perkhidmatan kolaborasi video di bawah Bahagian Sokongan ICT Penyelidikan dan Akademik. Secara ringkasnya kolaborasi video yang ditawarkan dibahagikan kepada dua kaedah, iaitu kolaborasi video menggunakan perkakasan (hardware) dan kolaborasi video menggunakan perisian (software)

  1. Kolaborasi video menggunakan perkakasan (hardware)
    iDEC menggunakan peralatan kolaborasi video dari keluaran Tandberg, Aethra, Kedacom dan Radvision. Alatan ini digunakan untuk berkomunikasi secara kolaborasi video antara UPM Kampus Serdang dengan agensi-agensi luar.
  2. Kolaborasi video menggunakan perisian (software)
    Teknologi ini digunakan meluas dalam Program Jarak jauh (PJJ) di UPM di mana iDEC terlibat secara langsung dalam pengendalian kolaborasi video untuk program jarak jauh UPM.