| Universiti Putra Malaysia

Program UPM Alumni Golden Fit

**This article was published in Bahasa Melayu and has no translation in English

Oleh: Pusat Perhubungan Alumni

SERDANG, 5 Feb – Kumpulan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Chapter Student Ambassador (CSA) dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UPM, Persatuan Alumni UPM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dan KDS Apparel menganjurkan program UPM Alumni Golden Fit, sehingga 30 Jun ini.

Program iru yang diadakan bersempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun (1971-2021) UPM, adalah acara kecergasan maya untuk mempromosikan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat terutamanya alumni UPM ketika pandemik COVID-19.

Program itu membawa hasrat untuk mengembalikan semula alumni ke alma mater secara dalam talian walau apa pun pada situasi yang menduga.

Pendaftaran acara ini dibuka bermula 5 Februari lalu. Alumni UPM, warga UPM dan orang awam dijemput menyertainya melalui pautan yang dihebahkan melalui media sosial rasmi Pusat Perhubungan Alumni UPM. 

Peserta boleh merekod aktiviti kecergasan mereka selepas pendaftaran dengan menggunakan aplikasi kecergasan seperti Strava, Runtastic, Nike Run Club dan Runtracker. 

Dua kategori yang ditawarkan iaitu 25 km dan 50 km. Peserta boleh melakukan pelbagai aktiviti kecergasan seperti larian, kayuhan dan berjalan kaki, malah penggunaan pengisar injakan juga diambil kira untuk peserta melengkapkan jarak yang dipilih.

Pelbagai cenderamata eksklusif yang direka khas bersempena sambutan 50 tahun UPM boleh dimiliki oleh peserta. Antaranya ialah baju-t penamat, medal emas dan perak, pelitup muka dan e-sijil. Kisah inspirasi daripada ikon contoh dalam kalangan alumni UPM yang aktif melakukan amalan hidup sihat, juga disajikan. - UPM

SXEUHAb~