| Universiti Putra Malaysia

Kurangkan had laju, pakai tali pinggang keselamatan

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
Foto: Saleha Haron 
 
May be an image of 1 person, motorcycle, dais and text that says "KULANTHAYAN 1 UP RI"
 
SERDANG, 22 Mac - Keselamatan di jalan raya adalah penting bagi semua pemandu dan penumpang untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju.
 
Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Kulanthayan KC Mani berkata salah satu langkah penting untuk keselamatan di jalan raya adalah dengan mengurangkan kelajuan kenderaan dan menggunakan tali pinggang oleh pemandu dan penumpang.
 
"Pemakaian tali pinggang akan mengurangkan kemungkinan kematian dalam kemalangan jalan raya sehingga 40-50%. Oleh itu penumpang perlu jadikan pemakaian tali pinggang sebagai amalan demi kesejahteraan bersama.
 
"Disebabkan penumpang di belakang tidak memakai tali pinggang pemandu di hadapan juga akan mengalami kecederaan yang teruk walaupun mereka memakainya sekiranya berlaku kemalangan. Oleh itu, pemandu perlu memastikan semua penumpang memakai tali pinggang kereta dengan betul sebelum memulakan perjalanan walaupun hendak ke destinasi yang dekat," katanya.
 
May be an image of 14 people, people studying, table, newsroom and hospital
 
Ujarnya lagi, tali pinggang belakang membantu mengurangkan risiko kecederaan serius dalam kes kemalangan dan ia adalah perlindungan yang penting ketika kenderaan berada dalam pergerakan yang laju.
 
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahannya di Makmal Kesihatan Komuniti, FPSK, hari ini.
 
Jelasnya, amalan pengurangan had laju dan pemakaian tali pinggang bukan sekadar di dalam kereta semata-mata namun perlu dilaksanakan sekiranya menaiki kenderaan awam seperti bas terutamanya.
 
May be an image of 3 people and people studying
 
"Adalah lebih baik sekiranya pemandu bas itu sendiri membuat pengumuman peringatan agar semua penumpangnya menggunakan tali pinggang yang telah disediakan dengan baik dan betul.
 
"Keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama, dan dengan bekerjasama kita boleh mencipta persekitaran jalan raya yang lebih selamat untuk semua terutamanya pada orang yang tersayang," katanya.

SXEbRAl~