| Universiti Putra Malaysia

Kelab Al- Biruni UPM anjur Program Integrasi Silang Budaya di Turki

Oleh Fatin Syahirah Noh Mustafa


Delegasi dari UPM dan Universiti Sulayman Shah, Istanbul


TURKI - Kelab Al- Biruni Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan telah mengadakan program Integrasi Silang Budaya dan Kajian Kes Bahasa Inggeris di lima buah universiti terkemuka Turki baru-baru ini.

Antara universiti yang dilawati adalah Universiti Fatih, Universiti Sulayman Shah dan Universiti Teknikal Yildiz ,Istanbul. Manakala dua buah universiti lain adalah Universiti Bursa Orhangazi yang terletak di Bursa dan Universiti Sakarya di daerah Sakarya.

Serama 11 ahli Kelab Al- Biruni mengikuti program ini, diiringi penasihat kelab iaitu pensyarah bahasa Perancis di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Dr. Omrah bin Hassan@ Hussin dan Timbalan Dekan Akademik Fakulti Sains UPM,  Dr. Nor Azowa Ibrahim.


Pembentangan dan Perbincangan Budaya Malaysia dan Turki


Penasihat Kelab Al- Biruni, UPM, Dr. Nor Azowa binti Ibrahim berkata beliau sangat teruja dan bersyukur dengan layanan bertaraf dunia yang diberikan oleh kelima-lima pihak Universiti di Turki.

“Program mobiliti seperti ini dapat mendedahkan semua delegasi tentang budaya dan norma kehidupan masyarakat Turki di samping menambahkan pengetahuan tentang sistem pendidikan dan pembelajaran Bahasa Inggeris di Turki,” katanya.

Sementara itu, pengarah program Muhammad Iqbal berkata perancangan serta pembahagian tugasan telah dilakukan awal bersama presiden kelab Al- Biruni, Nurul Husna Osman serta ahli bagi menjayakan program tersebut.

“Program ini telah berjaya mengutip dana dan penajaan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Zakat UPM, Yayasan Bank Rakyat, Bank Rakyat Brahims Food Sdn. Bhd. ,” katanya

Selain itu, mereka juga merancang tentatif program di Turki selama dua minggu, merancang persiapan tempat tinggal, kontingensi dan juga publisiti bagi mempromosikan program ini kepada para mahasiswa UPM khususnya.


Figure 1Penasihat Kelab Al- Biruni, Dr Nor Azowa Ibrahim bersama Rektor Universiti Bursa Orhangazi,


Sepanjang keberadaan mereka di Negara Islam itu, ahli-ahli Kelab Al-Biruni UPM telah menjalankan pelbagai program di lima buah universiti tersebut antaranya pembentangan mengenai UPM, budaya dan etika Malaysia, perbincangan mengenai sistem pendidikan di Malaysia dan Turki dan perbincangan mengenai penggunaan dan pembelajaran bahasa Inggeris di kedua-dua buah negara.


SXDdMA5~