Pusat Alumni



Perkara yang paling diutamakan oleh Pusat Alumni Universiti adalah untuk memberikan seberapa banyak sumbangan dalam bentuk perkhidmatan dan program-program berguna. Sebagai alumni salah sebuah Universiti Penyelidikan global di Malaysia, anda pastinya mempunyai keistimewaan elit. UPM telah melabur di dalam sumber-sumber yang diperlukan untuk memenuhi kepelbagaian minat para alumni. Oleh itu, anda akan menikmati kelebihan menyeluruh yang telah direka khas untuk para alumni, selain memupuk rasa kebanggaan dan kekitaan di antara ahli. 

Warga Pusat Alumni UPM sememangnya komited dalam memperjuangkan misi UPM demi memperkayakan kehidupan dan kesejahteraan semua alumni.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai perkhidmatan dan program menarik yang telah kami sediakan untuk anda, sila klik di sini.