Sukan


Aktiviti fizikal adalah penting untuk mengekalkan kecergasan tubuh dan kecerdasan minda. Justeru, UPM sangat komited dalam memberikan kemudahan sukan yang terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruh warganya dengan membina sebuah kompleks sukan. Kompleks sukan yang terdiri daripada stadium utama untuk acara trek dan balapan, dewan serbaguna untuk pelbagai acara termasuk skuash, bola jaring, sepak takraw, bola tampar, bola keranjang dan pelbagai jenis sukan di dalam dewan ini sering menjadi tumpuan para pelajar yang aktif bersukan.

Di samping itu, UPM juga memiliki kolam renang bersaiz olimpik, padang hoki dan gelanggang tenis yang berkualiti selain turut terkenal dengan kemudahan padang golf 18 lubang yang sering menjadi tumpuan kejohanan peringkat kebangsaan. Selain itu, UPM turut memiliki kemudahan padang ragbi bertaraf dunia untuk digunakan oleh para pelajar yang bergiat aktif dalam sukan ragbi dan kebanyakan mereka mewakili negara di peringkat antarabangsa.

Oleh kerana kemudahan sukan yang lengkap, UPM telah menjadi tumpuan ramai atlit kebangsaan untuk menyambung pengajian mereka di UPM. Nama-nama pelajar seperti Robani Hassan, Roslinda Samsu, Leong Mun Yee dan Cheng Chu Sian merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena sukan antarabangsa.

UPM menyediakan pelbagai jenis kemudahan sukan bukan sahaja untuk kegunaan di peringkat universiti tetapi juga di peringkat kebangsaan. Para staf dan pelajar UPM diberikan keutamaan untuk menggunakan kemudahan yang disediakan ini.

Sila klik di sini untuk melihat senarai kemudahan sukan yang disediakan.

Sila klik untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut :-

 » Kompleks Renang

 » Kompleks Tenis